assalammualaikum  (:
haaaeeii , lama dah tak update --"
eerrr , agak blur sikit nak menaip bercerita kat blog ni sebab lama sangat tinggalkan blog aku yang " . . . . " apa apa je lah .
yeah , haritu ayu datang rumah . selasa , 18 disember 2012 . n yeah aku memang excited gila jumpa dia ! rasa nak sepak sepak je muka dia bila jumpa haritu . mahu tak nya , datang tak reti nak beritahu awal awal . kelam kabut hidup aku pagi tu . bayangkan tengah syok syok usya syiling bilik aku pagi tu sambil berbaring diatas tilam empuk aku dan ditemani bantal bantal kesayangan aku tu tetiba ada number yang aku tak kenal kol aku . dengan malasnya aku angkat dan bagi salam . suddenly , ayu cakap
 "weit weit pia aku nak datang rumah kau ni ! ! "
aku : " huh ?? *oh la suara ayu ni * hah ? kau nak datang ? *terus terbangun dari baring* kau kat mana gila ?
ayu :"aku kat ayer keroh ni,weit weit,dah aku nak gerak ni "
aku: "atok kau aku tak mandi , tak siap apa benda haram jadah . woi gila ah kau ! ! !
ayu : " aku dah bagitahu kan ni sekarang ? apa lagi pergi le mandi,hahahaha"
aku : " --" eh gila betul minah ni ! "
dan paling best ayu terus matikan talian
erk ? aku tak habis cakap lagi lah dol . . .
 dengan segera aku bangun dan cari mak aku kat dapur
mak hulur duit dan suruh aku beli bahan untuk masak mee
haiyoh , mamai mamai kena pergi beli barang masak pulak dah .
nama pun mamai , start motor pun tak boleh --" rupanya kunci aku tak pusing kat start
hantu betul . huru hara hidup aku .
terus menggigil <--- memang tak boleh blah . ni simpton jangkitan dari ieka . biasanya aku mana ada gigilgigil ni semua . sejak selalu haruk dia kaki gigil aku pulak yang dah terkena . hmm .
moral of the story : jangan suka sangat haruk orang ,hahaha .
balik dari kedai . hulur kat mak mee . dan aku terus berambus pergi bilik air dan mandi . wuh !
bersiap , sarung tudung terus pergi kemas rumah .
then datang dapur tolong mak pulak susun pinggan cawan segala bagai . such a . . . ahhhh penat !
tapi penat penat pun . . .
bila dah jumpa minah katbawah ni aku terus ok ^^-
rindu dia
kami berpisah sejak pertengahan tahun kami di tingkatan 3
dia ikut ummi dia balik ipoh,perak
awalnya dia hanya balik untuk bercuti balik kampung kat sana
tetiba dia telefon dan bagitahu aku , dia akan terus duduk ipoh .
masa dapat tahu memang kecewa,bayangkan kami tak dapat ucap selamat tinggal dan salam pun :'(
hilang sorang kawan lepak aku setiap jumaat , hehe dia suka melepak rumah aku hari jumaat :)
setiap minggu dan tak pernah miss seminggu pun ^^
n yeah aku sayang geng gaduh aku kat bawah ni
Qurratun Ayuni binti Saipul Anwar


 ayu tudung merah . sebelah tu aku --"

dan untuk kali pertama aku mengenali keluarga belah ummi dia ^^
ummi,opah,pak cik dan semua adik adik dia .
ayu anak sulung dari enam beradik .
keluarga ayu sporting sangat , so aku tak lah rasa kayu sangat dalam ramai ramai tu . rilek je rasa (:
kedatangan dia ke melaka pun sebenarnya sekadar singgahan sebelum dia dan keluarga dia meneruskan perjalanan ke johor melawat sedara mara dia disana .



terima kasih ayu sebab datang kerumah aku , tak pernah lupakan aku , selalu telefon aku ,sentiasa ada untuk mendengar segala bebelan aku bila aku ada masalah . yeah , kau memang pendengar aku yang paling setia .
jarak kita yang jauh bukan penyebab untuk kau dan aku terus melupakan dan terpisah .
aku sayang kau sahabat !
aku harap kita akan terus dan kekal macam ni selamanya
in Shaa Allah kalau panjang umur aku pulak akan datang ke ipoh !
wuhuuu !
*entry kali ini agak jiwang dengan ayat bunga bunga macam dalam karangan bahasa melayu.harap maaf,aku sedang melatih diri untuk mengarang karangan bahasa melayu yang baik --" grrrr ,hehe ;) *

haha,tata,assalammualaikum (: